AiA Public Takaful menawarkan pelan medikal keluarga dimana melindungi sehingga 6 ahli keluarga dengan satu bayaran sahaja. Ia melindungi ayah + ibu + 4 orang anak dan jika sekarang hanya mempunyai seorang atau 2 orang anak, anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh mengambil pelan ini dan apabila mendapat rezeki seorang anak lagi, hanya perlu mendaftarkan nama sahaja tanpa menambah apa-apa bayaran.
Saturday, March 15, 2014
Tuesday, February 11, 2014
AiA Public Takaful Employee Benefit
Bermula bulan ini AIA Public Takaful telah memperkenalkan satu produk terbaru di bawah SMALL MEDIUM INDUSTRY (SMI) iaitu Employee Benefits Plan.
Sekiranya anda mempunyai pekerja dalam lingkungan 5 - 100 orang tak kira under apa2 industry pun termasuk kedai makan, farmasi, kedai runcit atau pun company IT, anda boleh apply untuk pelan ini.
Dan AIA Public Takaful membawa sekali benefit sama seperti pelan personal takaful iaitu pelan yang cover :
1) Staff Sahaja
2) Staff + Pasangan
3) Staff + Anak-anak (UNLIMITED)
4) Staff + Keluarga. (Anak-anak UNLIMITED)
Selain Hospital Medical Plan Ada juga ditawarkan pelan :
1) Group Clinic Benefit (Untuk Outpatient di klinik2 dan specialist)
2) Group Term Takaful ( Untuk Life, TPD dan 36 Critical Illness)

Monday, February 10, 2014
Takaful
TAKAFUL
Bermaksud saling jamin menjamin sesama manusia, membantu satu sama lain melalui pengwujudan tabungan yang akan digunakan untuk memberi sumbangan terutama kepada yang ditimpa musibah. Konsep asas adalah hampir sama dengan insuran konvensional iaitu bertujuan untuk menguruskan risiko, namun perbezaan yang ketara adalah Takaful beroperasi berlandaskan konsep syariah yang dituntut di dalam Islam. AIA AFG Takaful Berhad pula adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan Takaful bagi membantu kita semua menguruskan risiko masa depan kita.
SIJIL
Ianya merupakan terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada polisi (seperti insuran konvensional). Sijil terbentuk berlandaskan akad antara Syarikat Pengendali Takaful seperti AIA AFG Takaful Berhad dengan mereka yang ingin menyertai program Takaful ataupun dikenali sebagai Peserta. Dalam segala urusan berkaitan Takaful, Sijil akan tergunapakai secara sah dan ianya seperti sebuah perjanjian antara Peserta dengan pihak AIA AFG Takaful Berhad.
PESERTA
Terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada pemunya sijil takaful. Dalam Takaful, ia dipanggil peserta kerana Takaful adalah berlandaskan kepada konsep saling jamin menjamin dan dana yang dikumpul bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah daripada sumbangan secara ikhlas daripada mereka yang menyertai program Takaful.
WAKALAH
Prinsip di dalam Islam dimana AIA AFG Takaful Berhad hanya akan bertindak sebagai wakil ataupun agen bagi pihak peserta ataupun pencarum untuk menguruskan operasi perniagaan takaful. Disebabkan itu, satu bentuk yuran (dikenali sebagai Yuran Wakalah) akan dikenakan oleh pihak AIA AFG Takaful Berhad sebagai upah untuk pengurusan operasi perniagaan takaful dan pengurusan dana yang dikumpul melalui konsep tabarru’ (diterangkan lebih terperinci seperti dibawah).
TABARRU’
Ianya bermaksud bersedekah secara ikhlas (tidak mengharapkan sebarang balasan). Oleh yang demikian, dalam konsep Takaful, sebahagian kecil daripada caruman yang dibayar akan disedekahkan untuk mewujudkan satu tabungan atau dana (bukan hakmilik mutlak syarikat AIA AFG Takaful Berhad) yang akan digunakan untuk diagihkan sebagai bantuan kepada peserta-peserta yang mengalami musibah seperti kematian, mengidap penyakit kritikal dan lain-lain yang terlibat (mengikut jumlah perlindungan yang diambil oleh peserta), berdasarkan konsep takaful yang dipersetujui. Di dalam terma insuran yang lebih difahami, ia merujuk kepada dana yang akan digunakan untuk pembayaran pampasan untuk setiap perlindungan yang diambil. Dana yang dikumpul ini dikenali sebagai Dana Risiko Peserta.
DANA RISIKO PESERTA
Ianya adalah dana di mana Caj Tabarru’ akan dikreditkan. Dana ini akan digunakan untuk memberi bantuan sekiranya peserta mengalami musibah yang dilindungi (bayaran berdasarkan jumlah perlindungan yang telah dipersetujui diantara pihak AIA AFG Takaful Berhad dan peserta). Dana yang terkumpul ini bukan hanya khusus digunakan untuk disumbangkan kepada peserta ketika mengalami musibah sahaja, tetapi turut akan dilaburkan oleh AIA AFG Takaful Berhad berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan. Lebihan daripada dana ini (Lebihan Pengunderaitan) akan dikira dan diagih kepada peserta setiap tahun.
DANA PELABURAN PESERTA
Ianya adalah dana yang dicarum untuk pelaburan berasaskan syariah. Pihak AIA AFG Takaful Berhad akan melaburkan caruman anda untuk mendapatkan pulangan yang selamat dan stabil melalui pelaburan di dalam sekuriti pendapatan Islam (Sukuk), instrumen pasaran kewangan Islam dan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) yang diluluskan oleh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Pengalaman menggunakan kad medikal AiA Public Takaful
Assalammualaikum dan salam sejahtera...agak lama aku tidak membuka blog ini apatah lagi untuk menulis..saban hari semakin sibuk dengan aktiviti seharian la katakan...Untuk kali ini aku ingin berkongsi pengalaman ku menggunakan kad medik AIA AFG Takaful..Kali ini aku akan meletakkan diri ku sebagai client kepada AIA bukan sebagai ejennya...
Kejadian ini berlaku pada 1 Mei 2013 baru-baru ni..Anak ku telah mengalami demam yang pada mula nya aku dan isteri mengganggapnya sebagai demam biasa seperti sebelum ini..Jadi aku telah membawanya ke klinik biasa..Doktor yang memeriksa menyatakan anak aku hanya menghidap demam biasa.Jadi selepas membayar kos perubatan sebanyak RM 28, aku pun pulang ke rumah..Seperti biasa, di rumah anak aku akan diberikan ubat supaya cepat sembuh...
Akan tetapi pada keesokkan pagi aku mendapati badan anak ku semakin panas..Dia mula menjadi tidak berdaya...Aku dan isteri mula gelisah..nak kata tak makan ubat mustahil..Sebab memang aku yang bagi dia makan mengikut aturan yang doktor berikan..Maka aku mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital..Dalam perjalanan ke hospital, isteri aku mencadangkan pergi ke hospital kerajaan, tapi aku berkeras membawa anak ke hospital swasta..Ye la dah ada kad medik kenapa tidak digunakan..Lagipun dengan keadaannya yang lemah dan tak bermaya aku risau kalau pergi hospital kerajaan lambat pulak mendapat rawatan..Orang ramai kita tak boleh salahkan hospital..
Oleh itu aku terus memacu kereta ke Putra Specialist Hospital...Sampai di sana selepas menyelesaikan urusan pendaftaran aku diminta menunggu..tak sampai 10 minit anak ku telah dipanggil berjumpa doktor..Kali ini doktor yang memeriksa mengesahkan anak aku telah menghidap demam panas dengan suhu 40 darjah..Doktor telah melakukan imbasan pada telinga, hidung, mulut dan mendapati semuanya kemerah-merahan..jadi doktor menyarankan anak aku dimasukkan ke wad untuk rawatan seterusnya..Perkara pertama yang ditanya oleh doktor tersebut selepas mengesahkan anak ku perlu ditempatkan di Wad ialah ADA INSURANS TAK?
Jadi sebelum ditempatkan di wad, aku diminta membayar deposit sebanyak RM300 sebagai cagaran menggunakan kad medik..Masa 2 aku x bawa cash so x dapat la nak bayar..Jadi aku mendaftar wad dahulu kemudian bila2 masa atau sebelum keluar wad perlu menjelaskannya..Kemudian aku pergi melihat doktor mengambil darah anak ku untuk diuji bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kepadanya..Najis, air kencing semuanya diuji..
Alhamdulilah, selepas tiga hari mendapat rawatan di wad dengan lawatan doktor 2-3 kali sehari di hospital tersebut anak ku telah dibenarkan keluar..Kebetulan esok adalah PRU13..jadi boleh la aku mengundi dengan tenang..Anak pun dah sihat kan....Kemudian aku telah diminta oleh jururawat bagi menyelesaikan urusan sebelum keluar wad..Antaranya menyelesaikan bayaran dan mengambil ubat serta mendapatkan tarikh bagi rawatan susulan..Disebabkan anak ku keluar pada hari sabtu maka pihak hospital belum mendapat pengesahan daripada pihak insurans mengenai amaun yang ditanggung..Jadi aku diminta menunggu pengesahan atau jika hendak pulang cepat perlu meninggalkan deposit RM300..Jadi aku pun tinggalkan deposit , ambil ubat terus pulang ke rumah..
Pada hari Isnin, 6 Mei 2013 aku menelefon pihak hospital bertanyakan bil..Pihak hospital memaklumkan aku hanya perlu menjelaskan RM 52 sahaja untuk bil sebanyak RM2344..Yang lainnya ditanggung oleh pihak AIA Takaful...Jadi mereka meminta aku ke hospital untuk mengambil lebihan deposit yang aku tinggalkan sebanyak RM 248..Kos yang tidak ditanggung oleh pihak takaful adalah gov.tax =RM12 dan pendaftaran wad RM 40..
Jadi disebabkan anak aku mengalami proses hospitalisasi, maka claim yang dibenarkan oleh pihak takaful adalah 60 hari sebelum hospitalisasi..Maka RM28 yang aku bayar di klinik boleh claim..Seterusnya pihak takaful membenarkan claim bagi rawatan susulan selepas keluar wad selama 120 hari..Jadi aku pun menyediakan dokumen2 yang diperlukan untuk claim rawatan susulan ini....Sekian.....
Manakah pilihan anda?

Assalammualaikum dan salam ukhwah kepada semua..Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang sudi mengemukakan pertanyaan berkaitan produk Takaful AIA sama ada melalui email @ sms..Ada yang megambil dan ada juga yang tidak..Sedikit sebanyak ianya telah pun menambah sedikit pengetahuan anda berkaitan ilmu Takaful...
Dewasa kini, kesedaran Rakyat2 di Malaysia terhadap produk Takaful semakin meluas..Khususnya berkaitan Kad Medik..Kebanyakannya telah sedar bahawa untuk memiliki kad medik mereka seharusnya membeli ketika sihat dan menggunakannya ketika sakit..Ini menunjukkan bahawa pembelian kad medik ini adalah untuk jangka masa panjang...
Berbalik kepada pembelian kad medik..Kini banyak syarikat2 takaful menawarkan kad medik yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri..Setiap syarikat takaful cuba untuk memastikan kad medik yang dipasarkan memenuhi kehendak para pengguna..
Jadi kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih kad medik yang terbaik untuk diri dan keluarga..Jika tidak menyesal kemudian tiada gunanya..Jadi berbalik kepada isu utama, antara kad medik murah dan mahal yang mana menjadi pilihan anda..Kita kena melihat apakah tujuan utama kita memiliki kad medik?Jangka masa panjang @ pendek..Konsep membeli kad medik mudah sahaja, bayar ketika sihat dan guna ketika sakit..Jika diberi pilihan antara kad medik yang berharga RM 10 sebulan dan RM 60 sebulan, mana yang anda pilih?..
Jika anda memilih kad medik yang berharga RM 10..had tahunan yang disediakan adalah dalam lingkungan RM 15k - RM20k setahun...Rasa-rasanya cukup x untuk menampung perbelanjaan perubatan anda di masa akan datang???.....Nilai ini adalah cukup jika matlamat anda memiliki kad medik adalah untuk tujuan mendapatkan rawatan penyakit-penyakit biasa seperti demam panas, luka2 kecil akibat kemalangan dan yang seerti dengannya..Jika kita lihat kos rawatan di hospital swasta memang tinggi..Ini tidak dinafikan..Untuk demam panas sahaja kosnya pada tahun 2013 dlm lingkungan RM 2000-RM3000...
Bagaimana pd tahun 2020 nti..adakah kosnya masih sama?????Bagaimana dengan kos penyakit kritikal seperti kanser, pembedahan aorta, sindrom apalik dan sebagainya..Berapa kali anda perlu pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dlm setahun...Bagaimana jika had tahunan yang disediakan tidak mencukupi?Jadi anda perlu mengeluarkan wang simpanan bagi menampung kos perubatan @ beralih kepada hospital kerajaan..Maka buat lah keputusan yang BIJAK...Fikir-fikirkan lah.....
A-medik
A-Medik, boleh membantu anda untuk mencegah kemerosotan kewangan jika anda dimasukkan ke hospital.
Hanya satu kadar premium untuk satu policy untuk satu keluarga.
TIADA HAD SEUMUR HIDUP!
PERLINDUNGAN SEHINGGA UMUR 99 TAHUN!
TIADA PERKONGSIAN LIMIT PERLINDUNGAN - dibawah plan keluarga, setiap ahli mempunyai limit masing masing.
Faedah2 di bawah pelan Unlimited A-Medik Medical Card :
1.BILIK DAN PENGINAPAN HOSPITAL SELAMA 120 HARI (setiap tahun)
2.BILIK DAN PENGINAPAN TAMBAHAN HOSPITAL SEMASA DILUAR NEGARA (120) HARI
3.UNIT PENJAGAAN RAPI 120 HARI (setiap tahun)
4 BEKALAN DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL
5.FAEDAH YURAN PEMBEDAHAN
6.FAEDAH YURAN BILIK PEMBEDAHAN
7.FAEDAH YURAN PAKAR BIUS
8.LAWATAN PAKAR PAKAR PERUBATAN DLM HOSPITAL(Maksimum 240 hari setiap tahun)
9.FAEDAH PRA-HOSPITALIZATION (dlm tempoh 60 hari sebelum masuk hospital)
-UJIAN DIAGNOSTIK
-MANFAAT RUNDINGAN DOKTOR PAKAR
10)MANFAAT SELEPAS KELUAR HOSPITAL DLM TEMPOH 120 HARI
-DIAGNOSTIK X-RAY PESAKIT LUAR DAN UJIAN MAKMAL
-PERBELANJAAN PERUBATAN DAN RUNDINGAN TERMASUK AKUPUNKTUR DAN FISIOTERAPI
11)FAEDAH PROSEDUR HARIAN
12)RAWATAN DI RUMAH SEBANYAK 180 HARI SEUMUR HIDUP
13)PEMINDAHAN ORGAN(TIDAK TERMASUK KOS ORGAN)-TIDAK TERTAKHLUK KEPADA KO TAKAFUL
14)ELAUN TUNAI HOSPITAL KERAJAAN (120) HARI
15)FAEDAH PENJAGA HARIAN.
16)MANFAAT PESAKIT LUAR AKIBAT KEMALANGAN DAN RAWATAN SUSULAN 30 HARI DI HOSPITAL DAN KLINIK (SETIAP KEMALANGAN)
17)RAWATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR AKIBAT KEMALANGAN(SETIAP KEMALANGAN)
18)MANFAAT PEMINDAHAN PERUBATAN KECEMASAN
19)RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG PESAKIT LUAR
20)RAWATAN KANSER PESAKIT LUAR.
21)PERLINDUNGAN SEHINGGA 99 TAHUN (Takaful)
22)TIADA HAD SEPANJANG HAYAT.

Tuesday, January 21, 2014
Medical card untuk satu keluarga
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Untuk entri pertama ini saya ingin kongsikan tentang medical card dari AiA Public Takaful ini.
Ia mempunyai ciri-ciri yang hebat dan menggunakan teknologi terkini dimana memudahkan proses kemasukan ke hospital untuk para pelanggan. Antaranya ialah:
Had tahunan rm90,000 : setiap pelanggan akan mendapat had tahunan sebanyak rm90,000 setahun dan tambahan rm80,000 untuk rawatan buah pinggang serta rm112,500 untuk rawatan kanser
Tiada had tahunan : selagi pelanggan menyimpan dengan AiA Public Takaful, had tahunan sebanyak rm90,000 akan diperbaharui setiap tahun dan tiada had seumur hidup.
Tiada amaun ko-takaful : tiada caj ko takaful akan dikenakan jika bil perubatan tidak melebihi rm22,000. Jika bil perubatan melebihi had ko takaful, hanya 10% daripada lebihan akan dicaj.
Contoh:
Bil perubatan : rm25,000
Had ko takaful : rm22,000
Beza : rm3000
Untuk ko takaful hanya 10% daripada perbezaan akan dicaj. Dalam kes ini, pelanggan hanya perlu membayar rm300 sahaja daripada rm25,000 bil perubatan.
Swipe facility : tidak perlu menunggu GL untuk kemasukan ke wad. Hanya perlu 'swipe' kad dan terus dapat kemasukan ke hospital.
AiA priority counter : pihak AiA menyediakan kaunter khas untuk mempercepatkan proses kemasukan ke wad dan tidak perlu beratur dan berebut dengan pemegang kad yang lain.
Family medical kad : perlindungan untuk satu keluarga ( suami + isteri + 4 orang anak ) dengan kadar yang menjimatkan serendah rm230 sebulan.

Subscribe to:
Posts (Atom)